Sunday 10 March 2013

KRONOLOGI KES SERANGAN PENGANAS SULU DI SABAH (FASA TINDAKAN OFFENSIVE) 1 - 12 MAC 2013

1 Mac 2013


0959 Hrs, Kampung Tanduo, Lahad Datu:


Semasa 5 orang anggota VAT69 sedang mengetatkan kawalan kepungan telah terserempak dengan sekumpulan penceroboh yang mengibarkan bendera putih 

(sebagai tanda menyerah diri)  tetapi kemudian telah melepaskan tembakan kearah pasukan VAT69 yang telah memaksa mereka membalas tembakan. 2 komando polis terkorban dalam serangan mortar oleh kumpulan Filipina itu manakala 2 lagi cedera. 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu berjaya 

dibunuh. 










2 Mac 2013

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Filipina supaya menyerah diri dan meletakkan senjata serta merta atau berdepan tindakan tegas dan drastik.

Polis sekali lagi menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh 

bersenjata di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17.





1830 Hrs, Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna:


Sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul 

(Perkampungan atas air) Semporna. Serbuan tersebut telah dijalankan berikutan maklumat diterima dimana penceroboh sulu dipercayai berada dikawasan tersebut dan mempunyai senjatapi. Dalam serbuan itu,  2 pegawai dan 4 anggota polis 

terkorban manakala 6 penceroboh sulu juga berjaya ditembak mati. 19 anggota polis berjaya diselamatkan daripada terkepung.Mayat yang terkorban telah dicacatkan 

dengan kejam oleh penceroboh.





Kampung Sinalang Lama: Seorang penceroboh telah dibunuh oleh orang kampung apabila beliau cuba menjadikan orang kampung sebagai tebusan. Penceroboh 

tersebut dikenali oleh orang kampung sebagai imam.'




4 Mac 2013


Lahad Datu: 

7 Battalion Tentera dikerah ke sabah.

Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian di Lebel sebagai KAWASAN MERAH.

Kerajaan Malaysia dan Filipina bersetuju mengelar kumpulan itu sebagai "PENGANAS".




5 Mac 2013



0700 Hrs, Kampung Tanduo, Lahad Datu:
OPS DAULAT, Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Operasi ini 

dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.







6 Mac 2013


0645 Hrs,Kampung Tanduo, Lahad Datu:

Tugas Team Forensik pada 6 Mac 2013, hampir di tembak oleh pihak militan dan penyerangnya juga berjaya ditembak mati.





Babarapa mayat ditemui. 'mopping up and searching' di kawasan operasi masih diteruskan oleh pihak PDRM dan ATM.
Pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi sehingga melebihi 4 kilometer persegi"






Jalan Lapangan Terbang, Semporna:
Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul.




7 Mac 2013



Seramai 32 musuh terbunuh dalam pertempuran hari ini iaitu 31 dalam kejadian pada 11 pagi di Tanjung Batu dan seorang dalam kejadian 6.45 pagi di Kampung Tanduo.





YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Razak tiba di Sabah bagi meninjau sendiri perjalanan Op Daulat. Beliau juga ke lapangan Op Daulat untuk melihat 

operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo.



Laporan media dari Filipina 7 Mac 2013, memetik Kiram meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam 

gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia pada Selasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.







Terdahulu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon menyeru agar ''keganasan'' di Sabah,dihentikan dan mencadangkan agar pihak terlibat mencari penyelesaian secara aman terhadap apa yang berlaku.





Perdana Menteri juga  mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah di sepanjang perairan pantai timur Sabah bermula dari Kudat di bahagian Utara hingga ke Tawau di bahagian Tenggara bagi menyekat sebarang elemen pencerobohan terutama dari wilayah kepulauan di selatan Filipina.



8 Mac 2013

Pasukan keselamatan menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan 

kejadian pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo. Mereka ditahan di 

sekitar Sabah, termasuk di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna.




9 Mac 2013
Lahad Datu:  Seorang lagi penceroboh militan Sulu maut ditembak pada 8 pagi tadi di Kampung Tanjung Batu, dekat sini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 53 orang.

Selain itu, 79 orang yang ditahan di beberapa kawasan di pantai timur Sabah kini 

disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) bagi mengesahkan penglibatan mereka dengan kumpulan penceroboh berkenaan. 



10 Mac 2013






LAHAT DATU


Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu:

Bermula jam 8 malam hingga 4 pagi tadi, telah berlaku kejadian tembak menembak di kawasan operasi yang mana dua (2) pegawai pasukan keselamatan telah 

mengalami kecederaan akibat ditembak oleh pihak penceroboh. Setakat ini tiada 

kematian dilaporkan dikedua-dua belah pihak.




0945 Hrs, Kampung Sungai Bilis:

Seorang remaja beumur antara 12-15 tahun yang tiada penegnalan diri ditembak mati polis dalam satu operasi.







SEMPORNA
Pada jam 6:30 pagi ini pasukan polis telah menjalankan satu serbuan di Kampung 

Perigi, Semporna. Dalam serbuan ini seramai 4 lelaki dewasa telah ditangkap. 



Pada jam 8:50 pagi, satu pasukan polis yang lain telah membuat serbuan di kawasan lapang di Batu 1.5, Jalan Semporna – Tawau, Semporna. Di sini, dua orang lelaki 

dewasa telah berjaya ditangkap.



Kesemua enam orang tangkapan ini kini ditahan untuk disoal siasat di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special 

Measures) Act 2012. Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan 

kumpulan pengganas.




11 Mac 2013

Lahat Datu: Seorang daripada 16 mayat pengganas yang dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat hari ini disahkan ketua pengganas yang dikenali jeneral Haji Musa. 

Ia disahkan Ketua Forensik Ops Daulat, Superintendan Hussein Omar Khan.


12 Mac 2013




Lahat Datu, Tanjung Nyamuk (Dekat Tanjung Batu):
0745 Hrs, Pasukan keselamatan telah bertempur dengan 5 penceroboh di kawasan Sungai Nyamuk(Dekat Tanjung Batu) tetapi  penceroboh tersebut berjaya melarikan diri. Kumpulan tersebut kemudian berjaya di jejak pada 1045 Hrs dan pertempuran berlaku dan 4 penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran tersebut namun 1 anggota pasukan keselamatan telah terkorban dan 1 cedera. Pasukan keselamatan turut menemui senapang panjang M1 Garand dan sepucuk pistol Colt.45, yang dipercayai digunakan musuh untuk menembak anggota keselamatan.
1 lagi anggota tentera turut terkorban semasa trak yang dipandunya terbabas semasa menghantar bekalan di jalan   Lahad Datu.




Sehingga kini 9 anggota keselamatan terkorban dalam pertempuran dan 1 terkorban akibat kemalangan manakala 57 penceroboh militan ditembak mati. 
BERSAMBUNG DI SINI

No comments:

Post a Comment