Tuesday 19 March 2013

PRU 13-KICK ASS THE MOVIE (MAMBONG CHAPTER)

Baru-baru ini di dalam mesyuarat pimpinan parti-parti dari PAKATAN RAKYAT telah memutuskan bahawa mereka akan meletakkan calon YANG BOLEH menang dan konsep 1 LAWAN 1 di kawasan parlimen yang akan ditandingi.....

Malangnya bagi calon PKR berbangsa BIDAYUH di P.198 MAMBONG iaitu WILLIE MONGIN telah ditaksirkan tidak akan berpeluang memberikan tentangan yang sengit kepada CALON BN di kawasan tersebut.

Dengan taksiran tersebut maka DAP telah mengambil peluang ini untuk KICK ASS calon ini dari kawasan ini dan meletakkan calon mereka yang berbangsa CINA untuk bertanding di kawasan Mambong kerana percaya DAP masih boleh memberi tentangan yang sengit kepada calon BN berdasarkan keyakinan majoriti pengundi CINA akan menyokong mereka.

Kepada kaum bidayuh di KAWASAN MAMBONG, jom KICK ASS calon DAP di kawasan MAMBONG semasa PRU ke 13 ini.......

No comments:

Post a Comment