Wednesday 14 November 2012

LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA

MANA DIA BANTUAN DARI PKR....TAK ADA MODEL LAGI KE SAMPAI GUNA BR1M UNTUK BERKEMPEN HAHAHAHAHA







APA BARANG PKR KEMPEN GUNA BR1M



Tuesday 6 November 2012

KRONI DALAM PAKATAN RAKYAT









POLITIK SARAWAK HANYA UNTUK ORANG SARAWAK

Untuk pengetahuan semua, selama PR bertapak di negeri Sarawak, tidak pernah walau sekalipun PR menyentuh mahupun membahaskan isu berkaitan dengan Borneonisasi, agenda utama PR adalah ROAD TO PUTRA JAYA. PR hanya mempergunakan rakyat Sarawak dan Sabah untuk mendapatkan undi bagi merealisasikan impian meraka kerana undi rakyat Sarawak dan Sabah adalah undi THE KING MAKER.

Persoalan yang pastinya tidak dapat dijawab baik daripada pemimpin PR Semenanjung mahupun PR Sabah.  Jika benar PR ingin membela nasib rakyat Sarawak, kenapa PR begitu agresif melobi untuk bertanding dihampir keseluruhan kawasan PARLIMEN dan DUN negeri Sarawak dalam setiap Pilihanraya? Mereka hampir tidak memberi peluang langsung untuk parti tempatan. Kita harus sedar PKR, PAS, DAP adalah parti import dari SEMENANJUNG MALAYSIA. Biarpun sebagai parti pendatang, namun mereka begitu angkuh memperkecil-kecilkan parti-parti tempatan. Malah PR melalui DAP dan PKR dengan rasa kurang ajar cuba menidakkan parti pembangkang tempatan seperti STAR dan SNAP dari bertanding di beberapa kawasan di Sarawak. Penaklukan PKR dan DAP ke atas negeri Sarawak dalam politik tempatan seolah-olah  merampas Sarawak dari rakyat Sarawak yang sudah berabad lamanya di Negeri kenyalang ini. Situasi begini amat bahaya kepada rakyat Sarawak…parti PR asal Semenanjung ini tidak pernah ikhlas terhadap rakyat Sarawak. PR Semenanjung lebih berminat untuk menakluki Putra Jaya berbanding parti-parti tempatan yang berjuang untuk merealisasikan aspirasi dan perjuangan rakyat Sarawak. Kita sudah ada parti politik tempatan seperti STAR, PBB, SWP,SPDP,PRS,SUPP,SNAP….kita tidak perlu parti import dari Semenanjung seperti UMNO, DAP, PAS, PKR, PPP….. kerana POLITIK SARAWAK HANYA UNTUK ORANG SARAWAK sahaja….

DAP Sarawak asal semenanjung ini semakin angkuh apabila menang di beberapa buah kawasan bandar di Sarawak. DAP dikuasai sepenuhnya olah kaum Cina, namun cuba memujuk kaum Dayak dan Melayu Sarawak menyokong mereka….teras perjuangan mereka adalah untuk menghapuskan hak istimewa kaum bumiputra….oleh itu jangan biarkan diri kita menjadi Pak Pandir kepada Pemimpin DAP Lim Kit Siang.

PAS semua orang tahu parti ini adalah berasal dari Semenanjung dan sememangnya pemimpin mereka Kesemuanya adalah dari Semenanjung. Tidak ada seorang pun dari anak Jati Sarawak dalam kepimpinan PAS Pusat dan ini jelas menunjukkan kemasukkan mereka dalam Negeri Sarawak tidak lebih hanya ingin Kuasa semata mata.

Begitu juga PKR yang baru setahun jagung dalam Sarawak yang mana Bukan di tubuhkan dalam memperjuangkan rakyat Sarawak melainkan hanya ingin kuasa bagi memudahkan Ketua PKR Anwar Ibrahim menjadi lebih berkuasa.


Sunday 4 November 2012

PKR lancar papan iklan, poster kempen baru

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan papan iklan dan poster kempen baru parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Wan Azizah berkata PKR mahu mewarnai pilihan raya dengan idea, harapan, dan wajah-wajah rakyat melalui kempen bertemakan "Pakatan Harapan Pondan" itu.