Thursday 6 December 2012

20% ROYALTI MINYAK UNTUK SARAWAK...

Anuar berjanji untuk menaikkan ROYALTI MINYAK SARAWAK dari 5% kepada 20%.

Adakah ANUAR betul-betul akan menunaikan janjinya atau cuma umpan pancing semata-mata...

OK kita tinjau dahulu bagaimana hasil minyak SARAWAK memainkan peranan yang penting untuk pembangunan negeri-negeri lain di Malaysia terutama negeri yang tidak mempunyai minyak.

Pada masa ini SARAWAK menerima kira-kira 2.5 BILLION (5% Royalti) setahun. Jika royalti tersebut dinaikkan kepada 20% bermakna SARAWAK akan menerima kira-kira 10 BILLION.

10 BILLION merupakan jumlah yang banyak dan ANUAR juga telah menjanjikan perkara yang sama kepada SABAH, KELANTAN serta TERENGGANU dan ia menjadikan jumlah tersebut kira-kira LEBIH 40 BILLION BILLION setahun.

Untuk rakyat SARAWAK, SABAH, KELANTAN dan TERENGGANU ia adalah satu perkara yang baik namun ia akan menimbulkan implikasi yang besar kepada ekonomi MALAYSIA dan kemajuan negeri-negeri lain.

Kerajaan pusat pimpinan ANUAR akan mengurangkan peruntukan untuk SARAWAK dalam belanjawan. Ini adalah bagi menyeimbangkan belanjawan dan kekurangan wang berikutan pemberian royalti yang besar kepada SARAWAK dan negeri-negeri pengeluar minyak yang lain. ANUAR seseorang yang bijak dan sememangnya beliau sudah memikirkan langkah ini dan atas sebab itu beliau berani menjanjikan sesuatu yang tidak masuk akal kepada rakyat SARAWAK.

ANUAR tahu bahawa jika beliau memberi 10 BILLION kepada SARAWAK maka dia terpaksa memotong peruntukan yang lain.

Adakah ANUAR akan berani mengurangkan peruntukan untuk negeri-negeri bukan pengeluar minyak untuk menampung kos ROYALTI minyak untuk 4 buah negeri ini? SUDAH TENTU TIDAK kerana ANUAR sangat memerlukan undi dan sokongan mereka untuk terus berkuasa.

Kita harus ingat bahawa duit itu tidak jatuh dari langit, maka alternatif lain yang akan dibuat ANUAR adalah membatalkan projek-projek mega dan pelaburan negara dimana ia hanya akan memperlahankan kemajuan negara kita.

Jika ANUAR betul-betul ikhlas kepada rakyat SARAWAK, kenapa tidak pulangkan sahaja minyak sarawak untuk orang sarawak dalam kata lain 100% ROYALTI MINYAK UNTUK SARAWAK.

Monday 3 December 2012

APABILA TIBA MUSIM PILIHANRAYA

Pemimpin yang bakal dipilih sepatutnya membantu rakyat.....
Tapi mereka pula yang menagih bantuan dari rakyat........