Wednesday 31 October 2012

PKR guna wang BRUNO MANSER FUND (BMF)

Khabar berita tersebar mendedahkan PKR SARAWAK akan mencalonkan aktivis untuk bertanding atas tiket PKR dan perkara ini telah dipersetujui oleh PKR PUSAT bukan kerana calon tersebut boleh menang, tetapi kerana mereka hendak mempergunakan aktivis tersebut untuk mendapatkan dana dari NGO asing iaitu BRUNO MANSER FUND (BMF).

Khabarnya dana tersebut telah dikeluarkan oleh BMF bagi menaja calon tersebut untuk terus memperjuangkan hak bangsa asal sarawak melalui politik namun cerita yang tidak sedap didengar ialah dana tersebut tidak sampai kepada aktivis tersebut tetapi telah diambil oleh PKR PUSAT.

Perkara ini adalah amat menyedihkan bagi kita rakyat sarawak kerana aktivis BRUNO MANSER telah berjuang untuk masyarakat penan sarawak dan setelah kematiannya satu tabung ditubuhkan untuk meneruskan perjuangannya tetapi tidak sampai ke sarawak malah disalahgunakan untuk kepentingan politik di malaya....

Monday 29 October 2012

PRU-13 : MAT SABU SANGGUP MAKAN BABI!!




Matlamat menghalalkan segala cara, inilah ungkapan yang amat-amat sesuai kepada Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang mengeluarkan kenyataan yang dia sanggup makan BABI daripada makan AYAM bersama Ds Najib. Inikah sikap seorang pemimpin yang mengelarkan mereka pejuang ISLAM yang syumul di Malaysia ini?? Oleh kerana inilah Puak Endorgan telah menguasai PAS untuk melancarkan penguasaan DAP terhadap PAS.


Dalam satu ucapan Mat Sabu di majlis makan malam yang dihadiri oleh Lim Guan Eng dan ahli DAP:

"Saya lebih rela makan babi bersama Lim Guang Eng dari makan ayam dengan Najib"

"Kami akan hidup mati bersama DAP hingga kita ambil alih Putrajaya."

Ahli-ahli PAS yang duduk dalam dua meja yang memakan makanan lain dari hadirin lain itu boleh berteriak takbir! Allahu Akbar!

Cina-cina DAP yang hadir hanya bertepuk melihat kebodohan Melayu Islam yang dah dianjingkan menjadi bintang peliharan DAP.

Anjing-anjing seperti inilah yang amat-amat diperlukan oleh DAP untuk mereka membolot seberapa banyak kuasa di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik. Sikap menolak perpaduan ISLAM dan menerima perpaduan kafir ini jelas menunjukkan bahawa PAS telah lari dari dasar perjuangan ISLAM yang digembar gemburkan sebelum ini.



Shahnon Ahmad sasterawan negara dan juga bekas ahli parlimen PAS P13 Sik, yang dulunya banyak mengkritik kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga keluarnya buku bertajuk SHIT telah mengakui bahawa PAS telah tersasar dan semakin tersasar daripada perjuangan sebenar.Menurut Shahnon, tindakan Pas menuruti kehendak politik DAP bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam.




Keadaan semakin genting buat PR apabila pemimpin-pemimpin utama mereka mula bertelagah melihatkan pertembungan antara Ustaz Nasha dan Karpal Singh, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim MB Selangor dan mengheret sekali Mustafa Ali setiausaha Agung PAS. Ini telah memperlihatkan bagaimana percanggahan antara pemimpin utama mereka dan tidak dapat bersatu dalam membentuk satu kesatuan politik dan pentadbiran yang baik dalam 3 gabungan parti sahaja. Oleh kerana sikap ini ahli-ahli akar umbi PR telah mengambil tindakan yang drastik untuk keluar parti apabila 300 ahli PKR Batu Arang telah menyatakan hasrat untuk menyokong BN pada PRU ke 13 kali ini kerana kekecewaan mereka terhadap pimpinan parti itu yang gagal menunaikan pelbagai janji sebelum menang di Selangor pada pilihan raya umum lalu.



Tidak cukup dengan 300 ahli PKR keluar parti, ditambah pula dengan 7 Cawangan DAP kawasan sepang telah dibubarkan kerana tidak berpuas hati dengan sikap pucuk pimpinan parti. Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, enam cawangan baharu yang ditarik kembali permohonan adalah Taman Fermanagh, Teluk Manggis, Sepang Kecil, Taman Kedidi, Taman Sri Bayu dan Taman Sri Sungai Pelek (B) yang keseluruhannya dianggotai kira-kira 400 ahli. Beliau berkata, pembubaran semua tujuh cawangan berkenaan sudah mendapat persetujuan jawatankuasa serta ahli DAP di kawasan Sepang yang kecewa dengan sikap tidak ambil peduli pucuk pimpinan negeri Selangor.


Pemikir Politik : Mat Sabu sudah dianjingkan oleh DAP!! Eloklah Mat Sabu makan BABI banyak-banyak, DAP semakin menguasai PAS, PAS pula menguasai apa?? Pecacai PAS nak ikut Mat Sabu makan babi tak??


Sumber:pemikirpolitik

Friday 26 October 2012

SIMBOL PAKATAN TAKYAT......????

Pakatan rakyat
Sejak sekian lama BN megah dengan simbol ‘dacing’ yang berlatarbelakang warna biru bermaksud kesamarataan dan perpaduan serta kerjasama. Berbeza dengan Pakatan Pembangkang, masing-masing dengan logo parti mereka. Ini menunjukkan ketiga-tiga komponen Pakatan Pembangkang tidak bekerjasama dan mementingkan agenda dan idealogi politik masing-masing.

PAS dengan konsep Islamnya, DAP dengan konsep Malaysia Malaysian dan PKR demi mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Disebabkan itu, mereka tidak pernah menggunakan satu simbol atau logo yang sama kecuali BERSIH dan Himpunan Hijau.

Pengekalan PKR, PAS dan DAP menggunakan simbol parti masing-masing bagi merujuk Pakatan Pembangkang hanya bersifat ‘haram’. Jika benar mereka ini Pakatan, kenapa tidak menggunakan satu simbol untuk bertanding pada PRU-13 seperti mana BN? Apakah susahnya untuk menggunakan satu simbol?

PAS, PKR dan DAP pernah membincangkan penggunaan satu simbol bagi merujuk kepada Pakatan, tetapi tidak berhasil kerana tiada kesepakatan. Masing-masing mahu menonjolkan parti masing-masing. Akibatnya, sehingga kini tiada satu simbol bagi mewakil Pakatan dan sehingga ke hari ini mereka selesa bergerak menggunakan logo parti masing-masing.

Justeru, mereka mengambil keputusan untuk tidak mempunyai satu simbol. Tiada jaminan bahawa jika satu simbol atau logo dibuat, kita boleh kekal. Ini mengambil iktibar daripada apa yang pernah berlaku sebelum ini apabila hubungan PAS dan DAP terputus disebab pertelengahan dalaman.

Juga, sehingga ke hari ini Pakatan DAP, PKR dan PAS itu tidak mempunyai ‘ketua’ Pakatan Pembangkang. Mereka hanya ada Ketua Pembangkang yang bertindak di dalam Dewan Rakyat dengan cuba menggunakan pengaruh Anwar Ibrahim yang suatu ketika dahulu pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat ekoran penyalahgunaan kuasa dan tuduhan meliwat.

Jika PAS, PKR dan DAP menggunakan logo parti masing-masing dan mengekalkan nama Pakatan Pembangkang, secara undang-undang tidak sah untuk mereka menubuhkan kerajaan negeri atau persekutuan kerana tidak berdaftar secara sah. Mereka hanya berdaftar atas logo dan nama parti masing-masing dan bukannya atas nama Pakatan.


Sumber: Wira kenyalang....

DAP PERNAH HINA RAYA QURBAN


Hari Raya Qurban mengingatkan kita sebagai umat Islam tentang pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) kerana sanggup menggorbankan anaknya Ismail bagi melaksanakan perintah Allah S.W.T dan kemudiannya digantikan dengan seekor kibas yang besar.

Kemuncak kejadian itu, umat Islam sehingga kini mengingati tarikh 10 Zulhijjah sebagai Hari Raya Qurban. Bagi umat Islam di Mekah, menunaikan haji merupakan salah satu Rukun Islam jika mampu dan umat Islam yang di luar Mekah termasuk Malaysia mengerjakan Ibadah Qurban dengan menyembelih lembu, kerbau, unta dan kambing.

Dan, pada tarikh Islam, 10 Zulhijjah 1431H atau tahun 2010, Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa segan silu dan mengambil sikap sensiviti terhadap umat Islam di Malaysia telah menyifatkan perbuatan menyembelih haiwan itu sebagai tidak berperibinatangan.

Dalam soal ini, tiada seorangpun pemimpin PAS yang mengutuk mahupun memberikan komen terhadap komen-komen yang ditinggalkan dalam ucapan Lim Kit Siang itu di dalam blognya disebabkan kepentingan politik di mana ketika itu banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

PAS juga berbangga kononnya pemimpin-pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang semakin memahami Islam setelah 6 tahun mereka menjalinkan kerjasama, sehingga ada di antara mereka mampu menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Disebabkan itu, ramai yang sudah lupa dan tidak kurang juga yang tidak mengetahui tentang komen-komen pengikut Lim Kit Siang itu yang betul-betul mempertikaikan Hari Raya Quran yang disambut umat Islam di seluruh dunia. Jika benar Lim Kit Siang tidak anti-Islam, kenapa sudah 2 tahun komen itu masih lagi dapat dilihat di blog Penasihat DAP itu?

Tarikh 10 November 2010, dalam blognya, Lim Kit Siang telah mengirimkan ucapan Aidiladha kepada umat Islam tetapi dalam masa yang sama juga, komen-komen negatif seperti di bawah dilepaskan oleh Lim Kit Siang selaku pemilik blog itu.

Untuk lebih lanjut layari blog Lim Kit Siang, anti-Islam ini BLOG LIM KIT SIANG
Umum mengetahui, mereka yang berkawan dan ahli-ahli Pakatan Pembangkang yang sehaluan dengan DAP akan menyiarkan komen-komen yang negatif dan menghina. Selaku pemilik blog, Lim Kit Siang yang bersetuju dengan komen-komen itu tidak membuangnya sebaliknya melepaskan komen itu di blognya dan masih boleh dibaca sehingga kini. Apakah motif Lim Kit Siang berkelakuan seperti itu? Dan, di manakah cyberwar PAS yang sebeum ini banyak menghentam BN dalam memperjuangkan Islam?

Jika Lim Kit Siang itu sensitif dan tidak bersifat anti Islam, kenapa tidak dipadamkan sahaja komen-komen negatif itu dari laman blognya, walaupun kita sudah menghampir penghujung tahun 2012?

Apakah akan ada satu jaminan bahawa DAP mampu menjaga kesucian Islam lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh UMNO/BN jika mereka memerintah negara ini sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN ketika ini?

Adalah tidak mustahil, jika Pakatan Pembangkang memerintah, DAP akan mengharamkan penyembelihan haiwan-haiwan ini untuk Ibadah Qurban dan mungkin juga akan digantikan dengan babi atau khinzir. Apa tidaknya, mewujudkan Islam sebagai negara Islam pun ditolaknya apatah lagi mengerjakan ibadah Qurban.

Terima kasih rakan blogger Double - Y.

Saturday 20 October 2012

Senarai Barisan Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat:




Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)

Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)

Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP)

Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Dr Tan Seng Giaw (DAP)

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)

Datuk Mustafa Ali (Pas)

Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP)

Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR)

Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas)

Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas)


Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR)

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas)

Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP)


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas)

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR)

Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)

Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR)

Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)

Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR)

Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR)

Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP)


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR)

Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR)

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR)

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP)


Sumber: http://www.papagomo.com/