Wednesday 31 October 2012

PKR guna wang BRUNO MANSER FUND (BMF)

Khabar berita tersebar mendedahkan PKR SARAWAK akan mencalonkan aktivis untuk bertanding atas tiket PKR dan perkara ini telah dipersetujui oleh PKR PUSAT bukan kerana calon tersebut boleh menang, tetapi kerana mereka hendak mempergunakan aktivis tersebut untuk mendapatkan dana dari NGO asing iaitu BRUNO MANSER FUND (BMF).

Khabarnya dana tersebut telah dikeluarkan oleh BMF bagi menaja calon tersebut untuk terus memperjuangkan hak bangsa asal sarawak melalui politik namun cerita yang tidak sedap didengar ialah dana tersebut tidak sampai kepada aktivis tersebut tetapi telah diambil oleh PKR PUSAT.

Perkara ini adalah amat menyedihkan bagi kita rakyat sarawak kerana aktivis BRUNO MANSER telah berjuang untuk masyarakat penan sarawak dan setelah kematiannya satu tabung ditubuhkan untuk meneruskan perjuangannya tetapi tidak sampai ke sarawak malah disalahgunakan untuk kepentingan politik di malaya....

No comments:

Post a Comment